Selasa, 4 Januari 2011

Informasi

KARNIVAL WAJADIRI IPT PSSCM 1 MALAYSIA KE-4 2010 MENGEGARKANCetak

18 Disember 2010, Tanjung Malim Perak - Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali ke-4 2010 dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh IPT . Seramai 1500 orang telah hadir termasuk penyokong, 528 peserta dari 48 pasukan mewakili 29 IPT. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Hj. Mohd. Rustam Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PESAKA. Dalam ucapannya, beliau mengucap tahniah kepada PSSCM UPSI dan PSSCM di atas jemputan dan penganjuran program tersebut. Prof. Dr.Zakaria bin Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dalam ucapannya telah bersetuju mengiktiraf Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai aktiviti ko-kurikulum berkredit.

Majlis perasmian tersebut dimeriahkan lagi dengan perarakan adat istiadat masuk tetamu kehormat diiringi oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah serta Setiausaha Agung PESAKA, Hj. Megat Dzulkarnain Bin Datuk Omar Din. Turut hadir ahli-ahli Jawatan Kuasa Pusat PSSCM, ahli LPT dan YDP Negeri. Persembahan silat seni oleh kanak-kanak, demo Silat Cekak, ikrar Juri/ikrar Pesilat dan Pembacaan Watikah pengistiharan program oleh Pengerusi Pertandingan En. Rosman Bin Mat Deli merupakan kemuncak perasmian program tersebut. Selepas perasmian, pertandingan diteruskan pada jam 11.00 pagi sehingga selesai jam 3.30 petang.

Majlis perasmian penutupan Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali ke-4 2010 pula telah disempurnakan oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Uitm Bandaraya Melaka kategori putera dan Uitm Jengka kategori puteri telah muncul sebagai juara keseluruhan. Anugerah pasukan harapan dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Anugerah Pasukan Terbaik disandang oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pada sebelah malamnya jam 8.00 malam telah diadakan Majlis Makan Malam Perdana Himpunan Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg En. Yaakob Bin Hasrat, Timbalan Pengarah PSAS. Dalam ucapan beliau telah melahirkan rasa kesyukuran dan bangga kerana Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah mampu bekerjasama bagi menganjurkan program yang begitu meriah sekali. Turut hadir Penaung program YB Tuan Abdul Syukor bin Idrus, ADUN N13 Kuang, YM Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah dan En. Rosman Bin Mat Deli selaku Pengarah Program Bersama. Seramai 1200 orang ahli telah hadir termasuk peserta pertandingan KWD. Dalam majlis makan malam tersebut juga telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Karnival Sukan 1 Selangor yang telah diadakan sebelum ini. Berkat kerjasama dan bantuan dari semua ahli PSSCM termasuk PSSCM PSAS dan PSSCM UPSI program tersebut telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada PSSCM UKM yang akan menjadi tuan rumah acara Karnival Wajadiri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali ke-5 2011.

SENARAI KEPUTUSAN KARNIVAL WAJADIRI IPT PSSCM 1MALAYSIA KALI KE-4 2010

BIL

KATEGORI

PUTERA

PUTERI

EMAS

PERAK

GANGSA

EMAS

PERAK

GANGSA

1.

KATEGORI 1

UITM BANDARAYA MELAKA

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

UNIKL-BMI

UITM JENGKA

UIA PETALING JAYA

UITM PUNCAK PERDANA

2.

KATEGORI 2

POLITEKNIK UNGKU OMAR

UITM BANDARAYA MELAKA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UITM JENGKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

UIA PETALING JAYA

3.

KATEGORI 3

UITM BANDARAYA MELAKA

UITM SERI ISKANDAR

UIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UIA PETALING JAYA

UITM JENGKA

UITM BANDARAYA MELAKA

4.

KATEGORI 4

UIA GOMBAK

UNIKL-BMI

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

UITM JENGKA

UIA GOMBAK

UIA PETALING JAYA

1.

ANUGERAH PASUKAN HARAPAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2.

ANUGERAH PASUKAN TERBAIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JUARA KESELURUHAN

NAIB JUARA

TEMPAT KETIGA

3.

PEMENANG KATEGORI PUTERA

UITM BANDARAYA MELAKA

POLITEKNIK UNGKU OMAR

UIA GOMBAK

4.

PEMENANG KATEGORI PUTERI

UITM JENGKA

UIA PETALING JAYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Cetak

Isnin, 27 Disember 2010

JUARA KWD PSSCM KALI KE 4

Juara keseluruhan bagi putera dan puteri dalam karnival wajadiri IPT kebangsaan PSSCM 1MALAYSIA kali ke-4

Kenangan Ujian Praktikal







Kenangan Di gunung Ledang





kenangan bersama ahli2 silat psscmkymi, psscmkbm dan psscmcm di Gunung Ledang

ASAL USUL SILAT CEKAK

Asal-Usul Silat Cekak Malaysia

Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.

Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:

"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".

Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.

Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.

Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.

Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.

Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pakaian Rasmi silat ahli psscm


Sebenar guru ada hakikat
Dikuat pula amalan syariat
Ditambah pula ilmu makrifat
Berpakaian pula dengan isyarat